Kerajaan pantau BDR penjawat awam, pastikan integriti terpelihara

IPOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan mempunyai kaedah tersendiri bagi memantau pelaksanaan bekerja dari rumah (BDR) dalam kalangan penjawat awam.

Beliau berkata, ia bagi memastikan integriti serta kualiti penyampaian perkhidmatan awam kekal terpelihara.

Menurutnya, cadangan pelaksanaan BDR oleh Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam memerlukan budaya kerja yang bertanggungjawab, selain sistem pemantauan yang berkesan bagi mengelakkan sebarang bentuk penyalahgunaan.

“Jadi saya tolong dalam kalangan penjawat awam cari jalan untuk kuasai suasana negara ini demi kepimpinan tadbirkan sebaiknya. Tapi kita di rumah juga memerlukan budaya orang yang bertanggungjawab.

“Bagi orang yang malas kerja di rumah maknanya dia tidur di rumah, ya? Tapi saya percaya dengan cara pemantauan kita, kita elak (salah guna BDR),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program MADANI Rakyat (PMR) 2026 Perak di Bulatan Sultan Azlan Shah, di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Dalam pada itu, Anwar turut menjelaskan bahawa pelaksanaan dasar tersebut penting sebagai satu langkah menguji keazaman serta daya tahan rakyat Malaysia dalam menghadapi cabaran ekonomi global yang tidak menentu.

“Ini adalah tentang menyelamatkan negara. Ini adalah tentang melindungi keselamatan dan masa depan negara ini. Ini untuk menguji keazaman, ketabahan dan kekuatan kita, sama ada kita sebagai rakyat Malaysia mampu bertahan menghadapi cabaran ekonomi baharu ini,“ ujarnya.

Sebelum ini, Anwar mengumumkan pelaksanaan dasar BDR bagi sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bermula 15 April, sebagai langkah proaktif dalam mendepani krisis tenaga global, selain mengurangkan penggunaan bahan api serta memastikan kemampanan bekalan tenaga negara yang terkesan akibat konflik di Asia Barat. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Sektor awam bekerja dari rumah bermula 15 April ini – PM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI