IPOH – Kejadian pergaduhan sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut akibat ditetak di kawasan Buntong di sini, semalam dipercayai disebabkan oleh perselisihan antara kumpulan dan tidak melibatkan unsur perkauman.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan dan setakat ini seorang suspek telah ditahan bagi membantu siasatan.
Menurutnya, suspek yang ditahan dipercayai bekerja sebagai kerani dalam perkhidmatan kereta sewa. -MGPerak





