Perak akan bentang RUU Enakmen Akta Perhutanan Negara dalam sidang DUN

IPOH – Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 (Pemakaian) 2026 akan dibentangkan pada Mesyuarat Pertama, Tahun Keempat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang akan bersidang selama enam hari bermula 14 hingga 21 April ini.

Speaker DUN Perak, Datuk Seri Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, RUU tersebut akan dibentangkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada hari akhir sidang berkenaan.

Menurutnya, selain itu, terdapat tiga usul yang akan dibawa pada persidangan tersebut iaitu cadangan pindaan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan; pelantikan Ahli Jawatankuasa Pemilih dan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas.

“Jawatankuasa Perintah Tetap bersetuju untuk pinda dan kita sudah maklum dan akan usul untuk pindaan Perintah Tetap.

“Usul pelantikan Ahli Jawatankuasa Pemilih, dalam Perintah Tetap itu kita ada masukkan satu lagi peruntukan sepertimana Perintah Tetap Dewan Rakyat iaitu untuk melantik, menubuhkan Jawatankuasa Pemilih dan ada usul untuk melantik Ahli Jawatankuasa Pemilih.

“Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas melibatkan empat fokus utama iaitu masyarakat menua, kemiskinan bandar, bandar pintar dan sekuriti makanan,” katanya pada sidang media yang diadakan di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Selasa.

Hadir sama, Setiausaha DUN Perak, Mohd Ikram Ahmad dan Timbalan Speaker DUN Perak yang juga ADUN Canning, Jenny Choy Tsi Jen.

Dalam pada itu, Mohammad Zahir memaklumkan persidangan DUN Perak kali akan dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Tambahnya, sepanjang persidangan itu, sesi soalan lisan akan diadakan selama satu jam setiap hari selain pembentangan usul menjunjung kasih atas titah diraja serta perbahasan melibatkan semua ADUN. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

MGPerak: Perak Bentang RUU Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Perak) 2025

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI