IPOH – Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 (Pemakaian) 2026 akan dibentangkan pada Mesyuarat Pertama, Tahun Keempat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang akan bersidang selama enam hari bermula 14 hingga 21 April ini.
Speaker DUN Perak, Datuk Seri Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, RUU tersebut akan dibentangkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada hari akhir sidang berkenaan.
Menurutnya, selain itu, terdapat tiga usul yang akan dibawa pada persidangan tersebut iaitu cadangan pindaan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan; pelantikan Ahli Jawatankuasa Pemilih dan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas. -MGPerak





