Rangka Perak Woman iaitu rangka manusia wanita yang wujud sejak lebih 8,000 tahun lalu diharap dapat dibawa pulang ke tempat asalnya di Lenggong dalam usaha untuk memperkasa nilai warisan negara.
Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, langkah itu diharap dapat menjadi tarikan pelancongan di kawasan cukup yang terkenal dengan khazanah arkeologi bertaraf dunia.
Menurutnya, sebelum ini usaha sama telah dilakukan untuk membawa pulang rangka Perak Man yang berusia ke Lenggong, yang kini terbukti memberi impak positif kepada sektor pelancongan setempat. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #rangkawanitaperak #lembahlenggong





