MGPerak: Industri Motosikal EV Berpotensi Berkembang Pesat

57

Industri motosikal elektrik (EV) di negara ini kini berada dalam fasa pertumbuhan awal namun menunjukkan potensi besar untuk berkembang pesat dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

Peningkatan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar dan perubahan gaya hidup pengguna menjadi faktor utama yang bakal memacu permintaan terhadap kenderaan mesra alam tersebut di pasaran tempatan.

Ketua Cawangan GGR (GGR Motor Group) X EV Ipoh, Mohamed Izwan Abdul Karim berkata, perkembangan positif itu turut didorong oleh kelebihan teknologi EV yang menawarkan penjimatan kos penyelenggaraan yang ketara bagi kegunaan harian. – MGPerak

 

#malaysiagazetteperak #mgperak #Industrimotosikalelektrik #GGRMotorGroup #EVIpoh

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini