IPOH – Kerajaan perlu memberi perhatian kemungkinan munculnya kumpulan miskin baharu atau yang tidak kekal berada di atas paras kemiskinan disebabkan berhadapan faktor-faktor tertentu.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, antaranya faktor hutang, kesihatan, kos hidup yang meningkat, perpindahan, krisis rumah tangga, kematian ketua isi rumah dan sebagainya.
Titah baginda, usaha membasmi kemiskinan merupakan usaha yang kompleks dan memerlukan pendekatan pelbagai secara berterusan. -MGPerak





