Polis buru lelaki curi pakaian dalam wanita di Kampung Tasek

IPOH – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian mencuri pakaian dalam wanita di sebuah rumah di Kampung Tasek di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya mengesan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian yang memaparkan seorang lelaki tidak dikenal pasti menaiki sebuah motosikal.

Menurutnya, bagaimanapun nombor pendaftaran serta jenis motosikal tersebut tidak dapat dikenal pasti dengan jelas.

Video Berkaitan

“Siasatan awal mendapati suspek telah mengambil pakaian berkenaan kira-kira jam 12.51 tengah hari,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Seubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500 atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Orang ramai diminta supaya meningkatkan langkah keselamatan di kediaman masing-masing, termasuk memasang pagar dan sistem keselamatan serta memastikan persekitaran rumah sentiasa berada dalam keadaan selamat bagi mengelakkan kejadian sama berulang,” ujarnya.

Terdahulu, tular video memaparkan seorang lelaki menaiki motosikal berhenti di hadapan sebuah rumah dan mengambil pakaian dalam wanita dari penyidai sebelum bertindak melarikan diri. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Polis tahan lelaki disyaki curi kabel TM

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI