MGPerak: DAK Kekal Milik Zoo Taiping, Tiada Pindahan Hak Milik Dan Urusan Jual Beli – Exco

81

IPOH – Tiga ekor gajah dari Malaysia yang dihantar Tennoji Zoo di Osaka, Jepun kekal sebagai milik Zoo Taiping & Night Safari dan tidak melibatkan sebarang pemindahan hak milik atau urus niaga jual beli.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, pemindahan tiga ekor gajah dikenali sebagai Dara, Amoi dan Kelat (DAK) bukan urus niaga komersial dan ‘penjualan’ seperti yang didakwa.

Menurut beliau, sebaliknya ia merupakan sebahagian daripada kerjasama rasmi antara Zoo Taiping & Night Safari dan Tennoji Zoo Osaka di bawah konsep ‘sister zoo’ yang memberi tumpuan kepada pemuliharaan, perkongsian kepakaran dan peningkatan standard penjagaan haiwan. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini