MGPerak: Penangguhan SUKMA 2026: Perak Akur Dengan Sebarang Keputusan

104

Perak akur dengan sebarang keputusan berhubung penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) ke-22 di Selangor termasuk kemungkinan temasya dwitahunan itu akan ditangguhkan.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, kerajaan negeri berpandangan bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama barisan Jawatankuasa Tertinggi SUKMA perlu meneliti titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah serta mengadakan perbincangan menyeluruh dengan mengambil kira pelbagai aspek, termasuk situasi semasa seperti krisis Asia Barat.

Bagaimanapun beliau berkata, kesiapsiagaan negeri-negeri yang kini berada di peringkat akhir persiapan juga perlu diambil kira, khususnya dalam aspek pembangunan atlet. -MGPerak

#mgperak #malaysiagazetteperak #SUKMA2026

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini