Kerajaan teliti cadangan had baharu subsidi petrol T20

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang memperhalusi pelaksanaan untuk menarik balik subsidi petrol bagi golongan berpendapatan tinggi T20 mengikut definisi kumpulan yang terlibat agar tidak membebankan kelas menengah atasan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan tersebut sedang diteliti Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) menerusi jawatankuasa diketuai tokoh korporat, Tan Sri Mohd Hassan Marican sejak sebulan lalu.

“Kita sudah meneliti dan ada perbincangan sama ada (semakan subsidi) melibatkan golongan T5, T10, T15 atau T20 kerana tidak mahu ia tidak membebankan yang kelas menengah atas.

“Pasukan mereka sedang meneliti dan kemudian mudah untuk pelaksanaan tapi pada prinsipnya setuju,” katanya yang juga Menteri Kewangan selepas program Majlis Ramah Mesra bersama mahasiswa India di Universiti Malaya di sini.

Terdahulu media melaporkan, Pemuda UMNO akan membawa usul menarik balik subsidi petrol bagi golongan berpendapatan tinggi (T20) ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu sebagai antara resolusi utama hasil Rundingan Meja Bulat Nasional (Rimbun 2.0).

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, langkah rasionalisasi dan subsidi bersasar itu penting ketika negara berdepan cabaran ekonomi susulan konflik di Asia Barat ketika ini.

Jelasnya, subsidi dinikmati golongan berpendapatan tinggi tidak memberi kesan besar kepada mereka berbanding manfaat yang boleh dirasai kumpulan berpendapatan rendah. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI