IPOH – Hospital Taiping sedang mengesan waris atau ahli keluarga kepada mayat seorang wanita tempatan yang dituntut di Jabatan Perubatan Forensik.
Pengarah Hospital Taiping, Dr. Khuzaini Abd Karim berkata, si mati yang dikenali sebagai M.Mariamah, meninggal dunia pada usia 55 tahun, pada 27 November lalu.
“Alamat terakhir wanita tersebut adalah di Rumah Orang Tua Larut Matang, Kampung Boyan, 34000 Taiping.
“Waris mangsa boleh menghubungi Unit Perhubungan Awam Hospital Taiping di talian 05-8204000 (sambungan 5407) atau Jabatan Perubatan Forensik di talian 05-8204000 (sambungan 8045) bagi mendapatkan maklumat lanjut dan urusan tuntutan mayat”, katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa. -MG Perak
Artikel Berkaitan: