KUALA LUMPUR – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M pada Rabu, 10 Zulhijjah bersamaan 27 Mei ini.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataannya berkata, 1 Zulhijjah 1447 jatuh pada 18 Mei 2026 Masihi.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, mengisytiharkan bahawa
1 Zulhijah 1447 Hijrah ialah pada 18hb Mei, 2026 Masihi.
“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban, 10 Zulhijah bagi Negeri-Negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Rabu, 27hb Mei 2026 Masihi,” kata kenyataan itu. -MGPerak


