Pemandu lori disyaki seleweng diesel bersubsidi ditahan di Batu Gajah

BATU GAJAH – Seorang pemandu lori ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan penyelewengan minyak diesel menerusi Ops Tiris 4.0 yang dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak di sebuah stesen minyak di sini tengah malam tadi.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan jam 12.30 tengah malam itu dilakukan hasil risikan dan pemantauan selama seminggu berhubung kegiatan penyelewengan diesel yang dipercayai diperoleh daripada beberapa stesen minyak di sekitar kawasan berkenaan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan menemukan sebuah lori bounded tiga tan jenis Mitsubishi yang telah diubah suai dengan pemasangan tangki tambahan berkapasiti kira-kira 2,000 liter di bahagian muatan bagi tujuan mengumpul diesel.

“Sindiket terbabit dipercayai menjalankan aktiviti pada waktu lewat malam bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

“Modus operandi suspek adalah membeli dan memindahkan diesel ke dalam tangki tambahan yang telah diubah suai pada lori berkenaan.

“Seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun yang merupakan pemandu lori telah ditahan untuk membantu siasatan selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran daripada Pengawal Bekalan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihak penguat kuasa turut menyita 200 liter cecair disyaki diesel, sebuah lori tiga tan jenis Mitsubishi, dua unit tangki simpanan pukal (IBC), satu unit pam, dua set hos serta beberapa dokumen pembelian diesel dianggarkan bernilai RM23,094.

“Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974,“ ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Bengkel lori jadi stor haram simpan 4,000 liter diesel subsidi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI