2 bot tunda, 4 kru ditahan langgar syarat sah lesen

PARIT BUNTAR – Tindakan segelintir nelayan tempatan yang dipercayai terus melanggar syarat lesen membawa padah apabila dua bot tunda ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam operasi penguatkuasaan di perairan Kuala Gula dan Kuala Kurau, di sini awal pagi tadi.

Pengarah Maritim Zon Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Hairil Othman berkata, bot pertama ditahan jam 1.30 pagi bersama tiga kru, sebelum sebuah lagi bot turut ditahan 10 minit kemudian bersama seorang kru.

Menurutnya, kedua-dua bot berkenaan dipercayai melakukan kesalahan beroperasi di luar waktu yang dibenarkan selain menggunakan pemberat melebihi had yang ditetapkan dalam syarat lesen.

“Operasi ini dilaksanakan susulan aduan orang awam berhubung aktiviti bot nelayan yang dipercayai melanggar syarat lesen ditetapkan pihak berkuasa.

“Kesemua tahanan bersama bot yang dirampas dibawa ke Jeti Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Kurau untuk siasatan lanjut mengikut Akta Perikanan 1985,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Maritim Malaysia akan terus mempertingkatkan operasi penguatkuasaan bagi memastikan aktiviti penangkapan ikan mematuhi peraturan serta melindungi sumber perikanan negara daripada dieksploitasi secara tidak terkawal. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Bot nelayan tempatan, tiga kru asing ditahan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI