Gunung Batu Putih ditutup serta-merta, SOP pendakian akan dikaji semula

IPOH – Aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih dekat Tapah ditutup serta-merta susulan kehilangan seorang pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, sejak 23 Mei lalu.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Datuk Mohd Basri Abdul Manaf berkata, penutupan itu dibuat bagi memberi keutamaan kepada aspek keselamatan selain membolehkan penilaian semula dilakukan terhadap laluan pendakian di kawasan berkenaan.

“Biasanya kita akan tengok dari segi keselamatan, apabila kawasan tersebut orang kerap melaluinya, kita hendak perbaiki balik kawasan itu dulu.

“Ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya antara tiga hingga enam bulan dan pada masa ini kita tangguhkan dulu dia punya perjalanan (aktiviti pendakian),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Perak Peringkat Negeri Perak 2026 yang dirasmikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Dalam pada itu, pihaknya juga akan meneliti semula semua aspek berkaitan prosedur operasi standard (SOP) pendakian gunung di negeri ini bagi memastikan langkah keselamatan yang lebih berkesan dapat dilaksanakan.

“Kita akan teliti balik semua aspek berkaitan SOP pendakian gunung secara keseluruhan sebagaimana yang dimaklumkan Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Teh Kok Lim sebelum ini.

“SOP ‘cut off time entry’ ini memang ada dan biasanya di setiap kawasan ini pun memang ada ‘caring capacity’, kita akan tengok benda itu,” ujarnya.

Sebelum ini, Kok Lim dilaporkan berkata, kerajaan negeri akan mengkaji dan mempertimbangkan untuk mengetatkan lagi proses SOP bagi aktiviti pendakian dan memasuki kawasan hutan di negeri ini bagi meningkatkan aspek keselamatan pengunjung. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Hari Ke-11 Operasi SAR Jaslinda

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI