Tirai besi jadi medan muhasabah diri

TAPAH – Kehidupan di sebalik tirai besi menjadi medan perubahan dan muhasabah diri buat penghuni di Penjara Tapah yang terus tekad untuk memperbaiki jalan hidup.

Banduan dikenali sebagai Rania, 44, yang sedang menjalani hukuman penjara sembilan tahun atas kesalahan berkaitan dadah berkata, perjalanannya itu telah membuka lembaran baharu dalam kehidupannya.

Ibu tunggal kepada seorang anak dari Manjung itu berkata, tanggapan negatif masyarakat terhadap institusi penjara seharusnya dihakis kerana terdapat banyak perkara bermanfaat yang boleh dipelajari sepanjang menjalani hukuman.

Salah seorang prospek bercakap ketika ditemubual pada Program Outreach Korektif Peringkat Prospek Penjara Tapah, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 10 JUN 2026.

“Apabila saya masuk ke sini, baru saya tahu bahawa dalam penjara ini sebenarnya ada banyak perkara yang boleh dipelajari. Kami ada kelas pengajian al-Quran serta mendalami ilmu agama.

“Selain itu, para pegawai penjara juga sentiasa bersikap positif dengan memberi kata-kata semangat apabila melihat saya adakalanya berada dalam keadaan runsing,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Outreach Korektif Peringkat Prospek Penjara Tapah, yang dirasmikan Pengarah Penjara Tapah, Kamarulzaman Ismail, di sini, pada Rabu.

Seramai 25 orang banduan terpilih diberi peluang untuk bertemu dengan ahli keluarga secara lebih rapat pada program tahunan yang berlangsung kira-kira dua jam itu.

Banduan Penjara Tapah berubah kehidupan Program Outreach Korektif Penjara Tapah, pemulihan banduan, Sekolah Tahfiz Penjara Tapah, kehidupan di penjara, penghuni Penjara Tapah, pemulihan akhlak banduan, banduan insaf
Pengarah Penjara Tapah, Kamarulzaman Ismail (tiga, kanan) ketika gimik perasmian Program Outreach Korektif Peringkat Prospek Penjara Tapah, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 10 JUN 2026.

Rania yang dijadualkan dibebaskan pada Ogos 2029 berkata, sebelum dipenjarakan, dia tidak pernah mengikuti sebarang kelas agama kerana terlalu sibuk dengan kehidupan luar dan lebih banyak meluangkan masa bersama rakan-rakan.

“Di luar dahulu saya banyak habiskan masa untuk diri sendiri dan kurang ambil peduli tentang orang lain. Di sini pula kami diajar berdikari dan pada masa sama sentiasa mengambil berat antara satu sama lain,” katanya.

Tambah Rania, program-program yang disediakan di Penjara Tapah juga banyak membantunya mengenali diri serta memperbaiki kehidupan sebagai persediaan menghadapi dunia luar pada suatu hari nanti.

Banduan Penjara Tapah berubah kehidupan Program Outreach Korektif Penjara Tapah, pemulihan banduan, Sekolah Tahfiz Penjara Tapah, kehidupan di penjara, penghuni Penjara Tapah, pemulihan akhlak banduan, banduan insaf
Pengarah Penjara Tapah, Kamarulzaman Ismail hadir pada Program Outreach Korektif Peringkat Prospek Penjara Tapah, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 10 JUN 2026.

Katanya lagi, keluarga menjadi sumber kekuatan utama sepanjang menjalani hukuman apabila mereka sentiasa memberi semangat di samping tidak pernah meminggirkannya meskipun mengetahui kesalahan yang dilakukan.

“Keluarga sentiasa beri semangat kepada saya. Walaupun saya ditangkap dan mereka tahu itu satu kesalahan, mereka tetap berharap saya berubah dan tidak mengulangi kesalahan yang sama.

“Saya sangat gembira dapat berjumpa dengan keluarga pada hari ini. Dan mereka memberi pengharapan untuk melihat saya pulang ke pangkuan mereka sebagai insan yang lebih baik,” ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi penghuni Penjara Tapah, Din, 25, berkata, tempoh menjalani hukuman sebagai banduan memberinya peluang mendalami ilmu agama yang sukar diperoleh ketika berada di luar.

Banduan Penjara Tapah berubah kehidupan Program Outreach Korektif Penjara Tapah, pemulihan banduan, Sekolah Tahfiz Penjara Tapah, kehidupan di penjara, penghuni Penjara Tapah, pemulihan akhlak banduan, banduan insaf
Salah seorang prospek bercakap ketika ditemubual pada Program Outreach Korektif Peringkat Prospek Penjara Tapah, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 10 JUN 2026.

Dia yang berasal dari Kuala Selangor berkata, dia dimasukkan ke Penjara Tapah pada Februari lalu atas kesalahan berkaitan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Anak ketiga daripada empat beradik itu berkata, keadaan persekitaran di penjara memberi ruang yang lebih luas untuk dia terus mendalami ilmu agama di samping memperbaiki diri daripada kesalahan lampau.

Din memberitahu, penyertaannya pada program Sekolah Tahfiz Penjara Tapah juga telah memberinya peluang untuk mendekatkan lagi diri dengan Tuhan selain berjaya menghafal al-Quran.

“Kalau di luar, masa untuk mempelajari ilmu agama agak terhad. Sementara di sini pula, waktu yang ada lebih banyak dan membantu untuk saya fokus beramal, belajar dan menuntut ilmu. Pengalaman ini sangat berharga bagi saya,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Program tahfiz penjara Perak bantu prospek dalami al-Quran, bentuk sahsiah baharu

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI