IPOH – Pusat rehabilitasi terbesar di Asia Tenggara, Pusat Rehabilitasi Neuro-Robotik dan Sibernik Kebangsaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Bandar Meru Raya kini dikenali sebagai Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah.
Pemasyhuran nama pusat rehabilitasi tersebut disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sempena Majlis Perasmian Pusat Rehabilitasi Neuro-Robotik dan Sibernik Kebangsaan PERKESO, di sini, pada Selasa. -MGPerak





