Sultan Perak berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah 1448 peringkat negeri

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah 1448 peringkat negeri Perak di Pusat Konvensyen Casuarina, Meru Raya di sini, malam ini.

Turut berangkat Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

Keberangkatan tiba Sultan Nazrin sekitar jam 9 malam itu disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Harith Fadzilah Abdul Halim.

Sambutan bertemakan, ‘Cetusan Hijrah Inspirasi Perubahan – Aspirasi Pembaharuan’ dimulakan dengan alunan zikir Asma Al-Husna diikuti bacaan ayat-ayat suci al-Quran.

Baginda kemudiannya berkenan menyampaikan menyampaikan hadiah kepada penerima-penerima anugerah sempena Sambutan Maal Hijrah 1448 peringkat negeri Perak.

Bekas Mufti Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh, 84, mendahului senarai penerima bagi Anugerah Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak bagi tahun 1448 Hijrah.

Sultan Nazrin kemudiannya berkenan menyampaikan Anugerah Saidina Abu Bakar As-Siddiq (Tokoh Ar-Ridzuan) kepada Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid, 68.

Kedua-dua tokoh berkenaan menerima hadiah wang tunai RM15,000, pakej menunaikan umrah bernilai RM9,000, plak serta sijil disampaikan baginda.

Kemudian Sultan Nazrin turut berkenaan menyampaikan Anugerah Siti Khadijah (Tokoh Wanita) kepada pakar pergigian restoratif, Dr Farah Syazwani Mohamd Tarmizi, 43, manakala Muhammad Adib Mohamad Mazri, 30, menerima Anugerah Saidina Ali (Tokoh Belia).

Selain itu, Sultan Nazrin berkenan menyampaikan Anugerah Al-Quba’ (Pengurusan Masjid Terbaik) kepada Masjid At-Taufiqiah Khairiah, Taiping; Anugerah Al-Baqi (Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Terbaik) kepada Tanah Perkuburan Masjid Jamek Ar Ridzuan, Bagan Serai dan Anugerah Ikon Asnaf kepada pemilik Sufi Reflexology, Khairruddin Mazli, 35.

Semua penerima anugerah menerima hadiah wang tunai RM5,000, plak serta sijil.

Pelajar Orang Asli pertama menghafaz al-Quran 30 juzuk, Osman Hamzah, 25, pula diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas Maal Hijrah tahun ini sekali gus menerima wang tunai RM5,000, komputer riba, plak dan sijil. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Sharifah Khasif terharu di anugerah Tokoh Maal Hijrah Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI