IPOH – Seramai 180 usahawan wanita di Perak telah menerima bantuan peralatan perniagaan menerusi Program Pengupayaan Wanita: Pemberian Bantuan Peralatan Perniagaan Wanita @ Biznita (Biznita) Tahun 2026.
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, program dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM450,000 itu memberi tumpuan kepada wanita yang telah menjalankan perniagaan dan memerlukan sokongan peralatan bagi mengembangkan perusahaan masing-masing. -MGPerak





