Pelbagai aktiviti tarik pengunjung di Karnival Ulang Tahun Bandar Raya Ipoh

IPOH – Karnival Ulang Tahun Bandar Raya Ipoh Ke-38 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) menerima sambutan menggalakkan daripada pengunjung setempat dan luar yang hadir bagi memeriahkan pelbagai aktiviti sepanjang hari, pada Khamis.

Program yang berlangsung dari jam 8 pagi hingga 10 malam itu dianjurkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bersempena sambutan ulang tahun bandar raya dengan mengetengahkan tema ‘Menjulang Aspirasi, Bandar Raya Bestari.

MBI dalam satu kenyataan memaklumkan, karnival berkenaan menjadi platform menghimpunkan komuniti, agensi kerajaan, rakan strategik dan masyarakat setempat menerusi pelbagai pengisian berteraskan kesihatan, pendidikan, keusahawanan serta gaya hidup.

Karnival Ulang Tahun Bandar Raya Ipoh Ke-38 Related Keyphrase: ulang tahun Bandar Raya Ipoh, Karnival MBI Ipoh, Pusat Konvensyen Ipoh ICC, aktiviti komuniti Ipoh, sambutan ulang tahun bandar raya
Antara aktiviti dan acara yang berlangsung pada Karnival Ulang Tahun Bandar Raya Ipoh Ke-38 di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), Ipoh. Foto MBI

Katanya, penganjuran karnival itu juga mencerminkan komitmen MBI dalam memperkukuh pembangunan bandar raya yang progresif, inklusif dan sejahtera.

“Antara tarikan utama karnival ialah Program Komuniti Sejahtera yang menawarkan pelbagai pemeriksaan kesihatan dan perkhidmatan komuniti secara percuma.

“Program ini mendapat perhatian ramai apabila menghimpunkan pelbagai agensi, hospital, klinik serta rakan strategik kesihatan dalam satu lokasi bagi memberikan manfaat langsung kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah MBI, selain Program Derma Darah yang turut mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung, Karnival Ulang Tahun Bandar Raya Ipoh Ke-38 itu juga diselitkan dengan pengisian untuk golongan belia.

Katanya, antara acara yang dianjurkan untuk golongan berkenaan adalah ‘Be Better Workshop’ bersama ‘CuteCarry’ dan ‘Gen Z Tall’ bersama ‘MadNor’ yang mengetengahkan aspek pembangunan diri, komunikasi berkesan, gaya hidup positif serta kesedaran kesihatan mental.

Karnival Ulang Tahun Bandar Raya Ipoh Ke-38 Related Keyphrase: ulang tahun Bandar Raya Ipoh, Karnival MBI Ipoh, Pusat Konvensyen Ipoh ICC, aktiviti komuniti Ipoh, sambutan ulang tahun bandar raya
Antara aktiviti dan acara yang berlangsung pada Karnival Ulang Tahun Bandar Raya Ipoh Ke-38 di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), Ipoh. Foto MBI

Menurut MBI lagi, kawasan sekitar ICC turut dimeriahkan dengan pelbagai jualan dan pameran termasuk acara ‘Pop Up Market x Pekan Pop Up’, ‘Food Street’, Jualan Rahmah serta ‘Mini Roadshow Big Bad Wolf Books’.

Ujarnya, pelbagai produk tempatan, makanan dan minuman, barangan terpakai, kraftangan, aksesori serta bahan bacaan ditawarkan kepada pengunjung di setiap acara berkenaan.

Justeru katanya, ia sekali gus membuka peluang kepada usahawan tempatan untuk memperluaskan jaringan pelanggan dan mempromosikan produk masing-masing.

“Peminat kopi pula tidak melepaskan peluang menyertai Klinik Barista dan Demo Latte Art yang memberikan pendedahan kepada kemahiran asas penyediaan kopi secara praktikal.

“Program ini turut dilihat berpotensi mencetuskan minat baharu dalam kalangan peserta terhadap bidang kemahiran dan keusahawanan berasaskan kopi,” tambahnya.

Tambah kenyataan sama, MBI turut berharap agar karnival seumpama ini dapat terus menjadi acara tahunan untuk warga kota selain memperkukuh imej Ipoh sebagai bandar raya yang dinamik, mesra komuniti, berdaya saing dan sejahtera. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

‘Ipoh Bandar Muzik’ sasar 10,000 pengunjung, tarik penyertaan dari China, Colombia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI