Polis tahan tiga individu, tumpas sindiket bekal telefon bimbit, kad sim pada ‘scammer’

IPOH – Polis menahan tiga individu disyaki terlibat dalam aktiviti membekalkan telefon bimbit dan kad sim kepada sindiket penipuan atas talian menerusi serbuan di sebuah kondominium di Bandar Baru Medan di sini, pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak pada jam 1.20 tengah hari.

Katanya, tiga suspek berusia 27 hingga 58 tahun ditahan membabitkan seorang wanita tempatan serta seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing warganegara China.

“Berdasarkan pada siasatan awal, polis mendapati sindiket ini menjalankan pembekalan telefon bimbit dan kad sim kepada sindiket penipuan atas talian sejak awal tahun ini.

“Sindiket ini mengenakan bayaran bagi pembekalan satu unit telefon bimbit bersama kad sim dalam anggaran RM300 hingga RM500,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, pada Isnin.

Polis tumpas sindiket pembekal telefon bimbit scammer Keyphrase Synonyms sindiket pembekal telefon bimbit scammer pembekal kad sim kepada scammer sindiket penipuan atas talian pembekal peralatan komunikasi scammer sindiket telefon bimbit dan kad sim Related Keyphrase Polis tahan tiga individu Sindiket penipuan atas talian Kad sim untuk scammer Serbuan JSJK Perak Peralatan komunikasi dirampas
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 22 JUN 2026.

Menurut beliau, hasil serbuan pihak polis turut pelbagai peralatan komunikasi dan elektronik yang dipercayai digunakan untuk operasi sindiket berkenaan.

Kata beliau, antara barang yang dirampas ialah 1,335 keping kad sim pelbagai syarikat telekomunikasi, 554 keping kad berwarna putih mengandungi mikrocip, 409 unit telefon bimbit, tiga komputer riba dan lima peranti ‘sim box’.

“Turut dirampas dua unit Unit Pemprosesan Pusat (CPU), dua set monitor, sebuah penghala dan sebuah kenderaan pacuan empat roda. Kesemua barang yang dirampas dianggarkan berjumlah RM310,400,” katanya lagi.

Mohd Alwi berkata, suspek warga telah direman sehari pada 20 Jun lalu mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan.

Tambah beliau, dua suspek warga asing yang terbabit pula kini ditahan reman selama 14 hari mengikut Akta Imigresen 1959/63 untuk tujuan soal siasat dan melengkapkan kertas siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan membabitkan kes penipuan dan Seksyen 120B Kanun Keseksaan berkaitan pakat jahat jenayah.

“Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, serta dikenakan sebatan dan denda,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Alwi berkata, sindiket penipuan atas talian sentiasa mencari pelbagai saluran dan rangkaian bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa.

“Saya menyeru kepada orang ramai agar tidak sesekali membantu rangkaian sindiket ini sama ada dalam urusan menyewa premis kediaman atau pembekalan peralatan komunikasi,” ujarnya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Pelajar universiti rugi hampir RM200,000 diperdaya ‘phone scam’

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI