Bapa cekal jaga dua anak sakit kronik

IPOH – Meskipun diuji dengan keadaan serba kekurangan, seorang bapa kepada enam anak tetap cekal menggalas tanggungjawab membesarkan keluarganya termasuk menjaga dua anak perempuan yang menghidap masalah kesihatan kronik.

Muhammad Amir Zulkarnain Abdullah, 49, berkata, kehidupan keluarganya banyak bergantung kepada hasil kerjanya mengutip barang terpakai termasuk besi buruk, dan mengambil upah sebagai pembantu sebuah kilang memproses ayam di sini bagi menampung keperluan harian.

Dia yang tinggal menyewa di Rumah Pangsa Jalan Hospital, di sini, berkata, sebahagian besar pendapatan yang diperoleh digunakan untuk menampung kos rawatan serta keperluan harian dua anak perempuannya itu.

Bapa cekal jaga dua anak sakit kronik Keyphrase Synonyms bapa tabah jaga anak sakit kronik bapa asnaf jaga dua anak sakit keluarga asnaf diuji penyakit kronik bapa besarkan anak sakit kronik pengorbanan bapa demi anak sakit Related Keyphrase Dua anak perempuan sakit kronik Pengutip besi buruk sara keluarga Bantuan MAIPk kepada asnaf Rawatan di HRPB dan IJN Kisah keluarga asnaf di Ipoh
Muhammad Amir Zulkarnain Abdullah, 49 (kanan) disantuni pada program Siri Jelajah Prihatin Zakat atau ZAPAR (Zakat Perak Al Ridzuan) Care Tour (ZACT) 2.1 di Rumah Pangsa Jalan Hospital, Ipoh. Foto SYAKIR YUSOF, 23 JUN 2026.

Menurutnya, anak sulung, Nur Suhana Asyikin, 20, menghidap sembelit kronik sejak berusia empat tahun, manakala anak kedua, Nur Suhada Narbella, 19, disahkan mengalami masalah jantung serta skoliosis atau tulang belakang bengkok tidak normal ketika berusia sembilan tahun.

“Nur Suhana Asyikin perlu memakai lampin pakai buang setiap hari selain mengambil ubat secara berkala. Nur Suhada Narbella pula perlu makan ubat dan menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala.

“Rawatan susulan mereka masih berjalan sehingga sekarang dengan Nur Suhana Asyikin di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan dan Nur Suhada Narbellah di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.

“Nur Suhana Asyikin memerlukan lebih perhatian kerana penggunaan lampin dan ubat yang kerap,” katanya ketika ditemui pada program Siri Jelajah Prihatin Zakat atau ZAPAR Care Tour (ZACT) 2.1 di sini, pada Isnin.

Pada program Amir Zulkarnain disantuni dan menerima sumbangan tunai serta kotak makanan Skuad Prihatin Asnaf daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Bapa cekal jaga dua anak sakit kronik Keyphrase Synonyms bapa tabah jaga anak sakit kronik bapa asnaf jaga dua anak sakit keluarga asnaf diuji penyakit kronik bapa besarkan anak sakit kronik pengorbanan bapa demi anak sakit Related Keyphrase Dua anak perempuan sakit kronik Pengutip besi buruk sara keluarga Bantuan MAIPk kepada asnaf Rawatan di HRPB dan IJN Kisah keluarga asnaf di Ipoh
Muhammad Amir Zulkarnain Abdullah, 49 (kanan) disantuni pada program Siri Jelajah Prihatin Zakat atau ZAPAR (Zakat Perak Al Ridzuan) Care Tour (ZACT) 2.1 di Rumah Pangsa Jalan Hospital, Ipoh. Foto SYAKIR YUSOF, 23 JUN 2026.

Berkongsi lanjut Amir Zulkarnain berkata, anaknya, Nur Suhada Narbella pula, perlu menjalani rawatan berkala sekurang-kurangnya enam bulan sekali bergantung kepada jadual yang ditetapkan pihak perubatan di IJN dengan kos perjalanan dibiayai Baitulmal.

Dia memberitahu, kos bulanan bagi menampung keperluan kedua-dua anaknya mencecah antara RM500 hingga RM600 sebulan, termasuk perbelanjaan membeli lampin pakai buang dan ubat-ubatan.

“Kadang-kadang memang pusing memikirkan perbelanjaan. Apabila satu keperluan selesai, ada pula keperluan lain yang perlu didahulukan.

“Sebab itu saya kena buat kerja lebih termasuk membantu di kilang proses ayam. Kalau dapat RM50 sehari daripada hasil jual besi buruk, saya bersyukur sangat kerana boleh beli barang keperluan untuk anak dan rumah,” katanya lagi.

Di sebalik ujian yang menimpa, Amir Zulkarnain bersyukur apabila dia turut menerima bantuan kewangan bulanan daripada MAIPk sebanyak RM400 sebulan sejak dari tahun 2016.

Selain bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diterima, dia mengakui bantuan daripada MAIPk itu sedikit sebanyak membantu meringankan beban dia dalam menguruskan anak-anak dengan dibantu isteri, Suriya Ismail, 40.

“Ada juga rasa ringan dengan bantuan yang diterima. Kalau tiada bantuan langsung memang lebih susah.

“Tetapi apabila ada keperluan kecemasan untuk rawatan anak-anak, kadang-kadang saya kena cari pendapatan tambahan untuk menampung perbelanjaan yang diperlukan,” ujarnya.

Bercerita tentang rutin harian, Amir Zulkarnain berkata, ia bermula pada waktu malam apabila bekerja di kilang memproses ayam sebelum pulang pada awal pagi untuk menguruskan persekolahan anak-anak.

Dia berkata, jika kilang berkenaan memerlukan pekerja tambahan, dia akan membantu mencuci ayam atau pekerja sedia ada mengambil bekalan ayam sebelum pulang ke rumah sekitar jam 5 pagi.

“Saya kena balik awal pagi sebab perlu hantar anak ke sekolah. Ada yang berjalan kaki ke sekolah tetapi ada juga yang perlu saya hantar,” katanya.

Difahamkan Amir Zulkarnain turut pernah menerima pelbagai bantuan kewangan daripada MAIPk antaranya Batuan Khas, Kecemasan, Hari Raya, Baik Pulih Rumah serta Ghorimin antara tahun 2023 sehingga 2025.

Pengurus Besar Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR), Ahmad Nazim Md Tajuri ditemui pemberita pada program Siri Jelajah Prihatin Zakat atau ZAPAR Care Tour (ZACT) 2.1 di Ipoh. Foto SYAKIR YUSOF, 23 JUN 2026.

Sementara itu, Pengurus Besar Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR), Ahmad Nazim Md Tajuri berkata, kisah-kisah kehidupan asnaf seperti keluarga Amir Zulkarnain menjadi antara pengisian utama program ZACT yang kini memasuki tahun kedua penganjurannya.

Beliau berkata, hasil penganjuran program tahun lalu, pihaknya menerima sumbangan sebidang tanah wakaf bernilai ratusan ribu ringgit selain merekodkan peningkatan pembayaran zakat lebih 30 peratus daripada kalangan pembayar zakat yang terlibat.

“Pendedahan secara langsung di lapangan ini memberi keyakinan kepada pembayar zakat bahawa sumbangan mereka diurus dan diagihkan secara telus.

“Malah, melalui hebahan media, semakin ramai individu yang sebelum ini tidak pernah membayar zakat di Perak mula memilih untuk menunaikan tanggungjawab itu di negeri ini,” ujarnya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Sultan Nazrin lancar ZAPAR, tingkat kecekapan tadbir urus zakat di Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI