IPOH – Gangguan laluan trafik hingga menjejaskan pengguna jalan raya lain menjadi antara faktor kenderaan yang diparkir di Jalan Raja Ashman Shah berhampiran Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, dikenakan saman.
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A Sivanesan berkata, sebelum ini, kerajaan negeri dengan Jabatan Kesihatan Negeri telah berbincang dengan pihak polis mengenai masalah berkenaan. – MGPerak





