Permohonan SKDS kenderaan persendirian syarikat kategori jip, pikap mulai hari ini – Armizan 

PUTRAJAYA – Permohonan pendaftaran Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) bagi sektor pengangkutan darat iaitu kenderaan persendirian syarikat, jip dan pikap dibuka bermula hari ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata kelayakan subsidi akan berkuat kuasa bermula 15 Julai, tertakluk kepada kelulusan dan pemilikan kad fleet.

“Syarat kelayakan subsidi bagi sektor itu ialah kenderaan perlu didaftarkan sebagai kenderaan perniagaan dengan Kelas/Kod Kegunaan Persendirian Syarikat (AE) dalam Sistem MySikap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Selain itu, perniagaan mestilah berdaftar di bawah pemilikan tunggal atau perkongsian melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/Pendaftaran Pihak Berkuasa Tempatan (Sabah dan Sarawak),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Armizan berkata subsidi itu, disasarkan untuk memanfaatkan para peniaga mikro dan kecil yang berdaftar sebagai perniagaan milikan tunggal dan perkongsian.

Sehubungan itu, pemilik perniagaan yang berkelayakan digesa membuat permohonan pada kadar segera melalui portal MySubsidi di pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my.

Sebelum ini, kerajaan memberi kelayakan SKDS kepada dua sektor lain iaitu sektor pengangkutan darat (awam) dan sektor pengangkutan darat (barangan keperluan pengguna).

— BERNAMA

 


IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI