IPOH – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak melihat tiada keperluan menubuhkan pasukan khas mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan masyarakat Orang Asli kerana komuniti itu telah pun memainkan peranan dalam pasukan keselamatan sedia ada.
Pengarahnya, Datuk Sayani Saidon berkata, anggota masyarakat Orang Asli kini turut terlibat dalam Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA), khususnya bagi membantu operasi di kawasan hutan.
Menurut beliau, penglibatan mereka mungkin kurang diketahui masyarakat, namun kepakaran komuniti Orang Asli yang arif dengan bentuk muka bumi setempat sentiasa dimanfaatkan dalam operasi SAR. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #JPPM #SAR





