BAGAN SERAI – Karnival Sinergi Komuniti MADANI @ Kolej Komuniti Bagan Serai menjadi platform terbaik dalam memperkasakan pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) selain mengubah persepsi masyarakat terhadap bidang kemahiran.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, program yang berlangsung selama tiga hari bermula 7 hingga 9 Julai itu menghimpunkan kerjasama erat antara institusi pendidikan, industri dan komuniti setempat.
Menurut beliau, penganjuran karnival tersebut membuktikan pendekatan kolaboratif mampu membawa manfaat besar kepada masyarakat melalui pelbagai kursus kemahiran serta aktiviti keusahawanan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #TVET #KarnivalSinergiKomunitiMADANI





