Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di sini hari ini atas enam pertuduhan melakukan khianat dengan api termasuk membaling bom molotov yang menyebabkan kerosakan harta benda, awal Jun lalu.
Tertuduh, M Dhinakaran dan B Ratheneswary, masing-masing berusia 34 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil oleh jurubahasa di hadapan Hakim, Ainul Shahrin Mohamad.
Berdasarkan pertuduhan pertama, mereka telah didakwa melakukan khianat dengan membaling satu botol kaca yang menyebabkan kerosakan ke atas rumah dan kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CR-V milik seorang wanita berusia 52 tahun di Pekan Razaki, Ipoh sekitar jam 4 pagi, 4 Jun 2026. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #bommolotov





