UEC: Zambry bidas Kor Ming, tegaskan keputusan Kabinet perlu dihormati

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir membidas kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang melabelkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sebagai “lembab seperti kura-kura” berhubung pelaksanaan keputusan berkaitan laluan kemasukan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke universiti awam.

Zambry menegaskan, setiap keputusan yang dipersetujui Jemaah Menteri adalah keputusan bersama yang berlandaskan prinsip tanggungjawab kolektif dan perlu dihormati oleh semua anggota pentadbiran.

Menurut beliau, pelaksanaan sesuatu keputusan Kabinet tidak hanya melibatkan KPT, sebaliknya memerlukan tindakan menyeluruh serta penyelarasan bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan pelbagai agensi berkaitan sebelum ia dapat dilaksanakan.

“Setiap keputusan yang dipersetujui oleh Jemaah Menteri merupakan keputusan bersama yang berlandaskan prinsip tanggungjawab kolektif (collective responsibility),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sekiranya wujud sebarang perbezaan pandangan dalam kalangan anggota Kabinet, perkara itu sepatutnya dibincangkan di meja Mesyuarat Jemaah Menteri dan bukannya melalui kenyataan terbuka.

Katanya, tindakan mengeluarkan kenyataan secara terbuka yang mengkritik kementerian lain tidak menghormati tatakelola Mesyuarat Jemaah Menteri serta boleh menjejaskan semangat tanggungjawab kolektif dalam pentadbiran kerajaan.

Terdahulu, Kor Ming dilaporkan mengkritik kelewatan pelaksanaan keputusan berkaitan laluan kemasukan lepasan UEC ke universiti awam dengan menyifatkan KPT bergerak “lembab seperti kura-kura”, sekali gus mencetuskan reaksi pelbagai pihak. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI