Sistem pemadam automatik selamatkan dapur Penjara Tapah daripada musnah

TAPAH – Kebakaran membabitkan bahagian dapur masakan atau Unit Sajian di Penjara Tapah, Tapah Road, di sini berjaya dikawal selepas sistem pencegah kebakaran automatik bertindak memadamkan api, pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.37 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah yang tiba di lokasi mendapati kebakaran melibatkan perkakasan dapur yang turut menyebabkan sebahagian bumbung dianggarkan mengalami kerosakan sekitar 30 peratus.

“Pasukan bomba tiba mendapati kebakaran telah dipadamkan lebih awal hasil tindakan sistem pepasangan kebakaran automatik jenis ‘wet chemical’ yang berfungsi.

“Malah kebakaran juga berjaya dikawal hasil tindakan kakitangan Penjara Tapah yang menggunakan alat pemadam api jenis debu kering,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sabarodzi berkata, kejadian berkenaan bagaimanapun tidak melibatkan sebarang insiden berkaitan kecederaan atau kehilangan nyawa.

Menurut beliau, operasi bomba memberi tumpuan kepada pemeriksaan menyeluruh bagi memastikan tiada lagi punca haba atau sisa kebakaran yang boleh mencetuskan kebakaran semula.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan I (KUP), R Mathavan itu tamat sepenuhnya pada jam 11.05 pagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kebakaran kecil dapur Kantin Hospital Teluk Intan berjaya dikawal

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI