Kanak-kanak dua tahun terjatuh jambatan ditemui lemas

BAGAN DATUK – Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dilaporkan hilang semalam selepas dipercayai terjatuh bersama ibunya di Jambatan Sultan Nazrin Shah di sini ditemukan terapung kira-kira 10 kilometer dari lokasi kejadian hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, mayat mangsa, Wong Long Hee, ditemui sekitar jam 2 petang tadi.

“Mangsa terakhir iaitu kanak-kanak lelaki berusia dua tahun telah ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sekitar jam 2 petang tadi dengan jarak kira-kira 10 kilometer dari jambatan.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis dan akan dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk tindakan lanjut,“ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, mayat mangsa, Mohd Nor Ferdaus Mohd Mokhtar, 42, yang hilang dalam kejadian berasingan di lokasi sama ditemui sekitar jam 11.59 pagi ini.

Semalam media melaporkan, seorang kanak-kanak berusia dua tahun dilaporkan hilang manakala ibunya ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh di Sungai Perak dalam kejadian yang berlaku di jambatan tersebut sekitar jam 7.15 malam.

Mangsa, Lim Li Yin, 38, telah ditemui namun disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Bagan Datuk sebelum dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat semalam. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki terjatuh dari Jambatan Sultan Nazrin Shah ditemukan maut

Jatuh dari jambatan sama: Lelaki, kanak-kanak masih hilang dalam dua kejadian berasingan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI