Pembangunan sebenar tidak pinggir golongan rentan – Sultan Nazrin

IPOH – Kemajuan ekonomi menurut perspektif Islam tidak hanya menyentuh tentang perkembangan semata-mata, sebaliknya ia turut menekankan kepada golongan yang menikmati pertumbuhan tersebut.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, usahawan mikro, kecil dan sederhana, golongan wanita yang mahu menyertai pasaran kerja, serta anak muda yang memulakan perniagaan bukan kelompok yang dipinggirkan dalam ekonomi.

Titah baginda, sebaliknya kesemua golongan itu sebaliknya adalah nadi kepada masa depan negara dan sewajarnya diberikan perhatian serta sokongan yang sewajarnya.

“Pembangunan yang hanya melebarkan jurang antara kaya dengan miskin, kawasan bandar dengan luar bandar atau antara kelompok masyarakat dalam sebuah negara tidak boleh dianggap sebagai pembangunan yang sebenar, sebaliknya sekadar mengukuhkan kelebihan yang telah sedia dimiliki oleh golongan tertentu,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian dalam Ucaptama Diraja sempena Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) 2026 kali kelapan di Pusat Konvensyen Casuarina, di sini pada Selasa.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta Naib Canselor USAS, Prof Datuk Dr Wan Sabri Wan Yusof.

Titah baginda lagi, pemerkasaan ilmu dan kemahiran sesuai antara kelebihan bagi dunia Islam pada abad ini yang memiliki keluasan wilayah, kekayaan sumber asli, kedudukan kedudukan strategik di laluan perdagangan antarabangsa serta populasi golongan muda yang ramai.

Justeru Sultan Nazrin bertitah, perdagangan sesama negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) masih jauh daripada potensi sebenar kerana ekonomi negara Islam masih bergantung kepada eksport bahan mentah berbanding pengeluaran ilmu, teknologi dan produk bernilai tambah.

Pembangunan sebenar Sultan Nazrin Sultan Nazrin pembangunan sebenar pembangunan inklusif Sultan Nazrin pembangunan ekonomi Islam ekonomi Islam Sultan Nazrin pembangunan tidak pinggir golongan rentan Sultan Nazrin ekonomi Islam WCIT 2026 Perak kewangan Islam Malaysia perdagangan negara OIC pembangunan inklusif negara
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan titah pada Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) 2026 kali kelapan yang dianjurkan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Pusat Konvensyen Casuarina, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 21 JULAI 2026.

“Dalam konteks ini, kewangan Islam sebenarnya merupakan antara instrumen yang masih belum dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperkukuh kerjasama ekonomi antara negara Islam.

“Malaysia telah sekian lama mengukuhkan kedudukannya sebagai hab kewangan Islam dunia melalui penerbitan sukuk, pembangunan takaful serta pengurusan dana patuh syariah,” titah baginda.

Titah baginda, potensi sebenar kewangan Islam jauh melangkaui pematuhan terhadap larangan riba semata-mata, sebaliknya ia menawarkan falsafah ekonomi yang berasaskan perkongsian risiko, penyandaran kepada aset sebenar dan pengagihan manfaat ekonomi secara lebih saksama.

“Sekiranya falsafah ini diterjemahkan dengan bersungguh-sungguh, kewangan Islam mampu menjadi pemacu kepada pelaburan rentas sempadan dalam pembangunan infrastruktur.

“Ia juga mampu memacu pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana di negara-negara OIC serta penyediaan modal jangka panjang bagi menangani cabaran pembangunan seperti penyediaan air bersih dan pembangunan tenaga boleh baharu,” titah Sultan Nazrin.

Persidangan anjuran Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) itu mengangkat frasa ‘Everyone Matters – Pride and Unity in Islam’ atau Setiap Insan Dihargai: Kemuliaan dan Perpaduan Dalam Islam sebagai tema.

Menghimpunkan para pemikir pelbagai latar belakang dari dalam dan luar negara, persidangan itu menyenaraikan lima subtema iaitu Integriti dan Keselamatan Negara, Kesihatan Awam: Kebersihan dan Sanitasi, Tadbir Urus Baik dan Kestabilan Politik, Pendidikan dan Pemerkasaan Sosial serta Ekonomi: Pembangunan dan Kerjasama. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Pendidikan penentu daya saing negara dalam era automasi, AI – Sultan Nazrin

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI