IPOH – “Saya rasa jiwa saya tenang kerana dapat tahu seksyen dia dituduh (302 kanun keseksaan) dan Alhamdulillah jiwa saya tenang.
Itu luahan Muhd Zamrie Zainal Abidin 55, bapa kepada pelajar tingkatan lima, Muhammad Zaharif Affendi yang maut dilanggar seorang pegawai kanan polis di Jalan Taman Jati, Meru, di sini Jumaat lalu.
Muhd Zamrie berkata, dia mula redha dengan pemergiaan anak bongsunya itu selepas menerima sokongan tidak henti daripada ahli keluarga, jiran tetangga serta rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan anaknya itu. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #ZaharifAffendi #PDRM