Pendakwaan kes Zaharif Affendi pantas – Peguam

IPOH – Peguam kepada keluarga Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, yang maut dalam kemalangan di Taman Jati, di sini Jumaat lalu, menyifatkan proses pendakwaan oleh Mahkamah Majistret Ipoh dilakukan dengan pantas.

Datuk Wan Azmir Wan Majid berkata, justeru pihaknya berharap tarikh perbicaraan akan segera diperoleh susulan tarikh sebutan semula kes yang ditetapkan pada 7 Februari depan.

“Kes ini menunjukkan kecekapan pihak berkuasa khususnya pihak polis dalam mengendalikan kes ini.

“Ia kerana, kertas siasatan lengkap sebaik sahaja reman tamat pada hari keempat. Ia juga menunjukkan keseriusan pihak pendakwaan dalam mengumpul kesemua fakta berhubung kejadian tempoh hari,” katanya.

Beliau berkata demikian merusi rakaman video berdurasi sekitar 4 minit yang mengulas tentang perjalanan pertuduhan kes kematian Zaharif Affendi di Mahkamah Majistret Ipoh, pada Isnin.

Seorang pegawai kanan polis, Mohd Nazri Abdul Razak, 44, dihadapkan di Mahkamah Majistret Ipoh pagi tadi, atas tuduhan membunuh pelajar Tingkatan 5 itu, pada 15 Disember lalu.

Tertuduh, yang berpangkat Deputi Superintendan dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, dia bakal berdepan hukuman mati, atau penjara minimum 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati hendaklah juga dihukum dengan tidak kurang daripada 12 sebat. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Polis nafi layanan ‘double standard’ libatkan pegawai kanan yang dituduh

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI