Akses digital permudah belia luar bandar sertai aktiviti Rakan Muda

KUALA KANGSAR – Tinggal di pedalaman dan luar bandar bukan lagi menjadi penghalang kepada golongan belia untuk mendapatkan maklumat serta menyertai pelbagai aktiviti pembangunan anak muda seperti Fiesta Rakan Muda yang diadakan hari ini.

Perkembangan teknologi digital termasuk penggunaan media sosial dan laman sesawang rasmi kerajaan memberi kemudahan kepada golongan berkenaan untuk mendapatkan maklumat berkaitan program yang dianjurkan tanpa mengira lokasi mereka.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia Dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, kemudahan akses maklumat secara dalam talian kini membuka ruang lebih luas kepada anak muda untuk memperoleh ilmu dan informasi berkaitan program belia.

Katanya, platform digital seperti laman web Jabatan Belia dan Sukan (JBS), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta media sosial Rakan Muda boleh dimanfaatkan golongan belia bagi mengetahui peluang dan aktiviti yang disediakan.

“Proses untuk mendapat info ini kita tahu sekarang ini dunia di hujung jari, ada medsos (media sosial).

“Tidak kira mereka (belia) berada di mana pun, ia mampu memberi ruang dan peluang kepada anak muda mendapat ilmu dan juga perkara-perkara informasi berkaitan,“ katanya.

Akses digital permudah belia luar bandar sertai aktiviti Rakan Muda
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia Dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Fiesta Rakan Muda x Kibar Peringkat Negeri Perak 2026 di Arena Square Kuala Kangsar, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan  Majlis Perasmian Fiesta Rakan Muda x Kibar Peringkat Negeri Perak 2026 di Arena Square Kuala Kangsar, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBS, Shamsuhaime Basir.

Dalam perkembangan sama, Khairudin berkata, penyertaan anak muda dari kawasan yang jauh seperti Gerik pada program tersebut membuktikan kemudahan mendapatkan informasi secara digital mampu merapatkan jurang antara belia di bandar dan luar bandar.

“Sebab macam (belia) yang datang hari ini, saya cukup yakin ada yang berada di luar, contohnya seperti dari Gerik. Ini kawasan yang agak jauh, daripada Tanjung Malim pun ada, tapi mungkin mereka mendapat info berkaitan program ini melalui laman web, medso atau kenalan.

“Justeru, tidak jadi satu halangan untuk orang muda mendapat informasi kerana berada di pedalaman, kerana di luar bandar,“ ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, kesediaan golongan belia untuk merebut peluang yang disediakan menjadi faktor penting dalam memastikan program pembangunan belia terus mendapat penyertaan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Belanjawan 2026: KBS tumpu kurangkan pengangguran belia melalui Rakan Muda

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI