Polis nafi layanan ‘double standard’ libatkan pegawai kanan yang dituduh

IPOH – Polis menafikan wujudnya layanan ‘double standard’ ke atas Pegawai Kanan Polis yang dituduh di Mahkamah Sesyen, di sini pagi tadi, atas kesalahan membunuh pelajar tingkatan lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, layanan yang diberikan kepada tertuduh, Muhd Nazri Abdul Razak yang berpangkat deputi superintendan (DSP) itu, sama seperti dengan pesalah yang lain.

“Seperti mana yang Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain kata telus, maka kita telah melaksanakan proses pendakwaan ke atas tertuduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kawalan yang dijalankan di mahkamah pagi tadi adalah untuk menjaga keamanan dan ketenteraman di kawasan mahkamah jadi tidak ada istilah ‘double standard’,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir bersama Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri, Johari Kassim di kediaman keluarga Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi Zamrie, di Taman Chepor Sentosa, di sini, pada Isnin.

Artiket Berkaitan:

DSP dituduh bunuh Zaharif Affendi, pengamal media kecewa kawalan ketat polis

Pegawai polis dituduh bunuh menyebabkan kematian Zaharif Affendi

Mengulas lanjut Azizi berkata, kawalan yang dilakukan pasukan polis di mahkamah pagi tadi juga sama seperti layanan yang diterima pesalah lain di mana akan diiringi pihak polis daripada balai polis ke mahkamah.

“Prosedur itu prosedur biasa untuk kes-kes pesalah biasa dan ia bukan kes berprofil tinggi, cuma dia menarik perhatian jadi bila menarik perhatian kita akan mengawal keadaan,” katanya.

Azizi turut memaklumkan, tertuduh yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) kedah itu kini ditempatkan di Penjara Taiping sementara menunggu perbicaraan seterusnya.

Terdahulu media melaporkan rasa kecewa dengan tindakan polis yang mengawal ketat tertuduh sehingga menyukarkan mereka untuk menjalankan tugas bagi melaporkan pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu. -MG Perak

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI