WCIT 2026: Pendidikan bentuk belia beretika hadapi teknologi masa depan

IPOH – Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) 2026 memperteguh hakikat bahawa pendidikan adalah jalan penting untuk membuka peluang, meningkatkan mobiliti sosial dan membina perpaduan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pendekatan ini secara tidak langsung melahirkan masyarakat yang berilmu, berdaya saing serta mempunyai kekuatan moral untuk menghadapi perubahan dunia.

Menurutnya, pendidikan perlu melatih generasi muda berfikir secara kritis, menyelesaikan masalah serta membuat keputusan yang berasaskan etika dan tanggungjawab.

“Keupayaan ini menjadi semakin penting dalam era kecerdasan buatan (AI), automasi, ekonomi digital dan industri kreatif yang sedang mengubah landskap pekerjaan serta kehidupan manusia.

“Teknologi mampu meningkatkan produktiviti dan mencipta peluang ekonomi baharu, namun penggunaannya perlu dipandu oleh etika yang melindungi privasi, keselamatan dan nilai kemanusiaan.

“Oleh itu, anak-anak muda perlu terus diperkasa dengan ilmu, latihan dan ruang untuk berinovasi supaya menjadi pencipta teknologi serta pemimpin masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Penutup WCIT 2026 di Pusat Konvensyen Casuarina, di sini, hari ini.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Seri Mohammad Zahir Abdul Khalid dan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Penyelidikan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) merangkap Pengarah Persidangan WCIT 2026, Kolonel Bersekutu Dr Shamsul Jamili Yeob.

Dalam perkembangan sama, Saarani menjelaskan bahawa jika golongan belia diberikan peluang untuk belajar, berinovasi dan menyumbang, ketika itulah kita benar-benar membuktikan bahawa ‘everyone matters’ bukan semata-mata tema persidangan, tetapi satu tanggungjawab bersama.

“Selaras dengan tuntutan memelihara nyawa sebagai antara maqasid utama Islam, kebersihan, sanitasi dan akses kepada rawatan adalah sebahagian daripada maruah manusia, manakala tanggungjawab menjaganya perlu digerakkan bersama oleh kerajaan, keluarga, sekolah, tempat kerja, rumah ibadat dan komuniti,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

IPT diseru bentuk generasi berintegriti demi masa depan negara – Johari

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI