MBI selenggara 2,503 pokok teduhan dengan kos RM1.4 juta

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) melalui Jabatan Taman dan Landskap sedang melaksanakan Kerja Selenggaraan Pokok Teduhan Fasa 1 di lapan zon utama sekitar bandar raya ini melibatkan 2,503 pokok pelbagai saiz dengan jumlah kos hampir RM1.4 juta.

Datuk Bandar Ipoh, Zamakhshari Hanipah berkata, inisiatif itu adalah usaha berterusan MBI bagi memastikan pokok-pokok teduhan sentiasa berada dalam keadaan selamat, sihat dan terurus.

Menurutnya, kerja-kerja penyelenggaraan ini melibatkan kawasan Sengat, Lapangan, Rapat, Mengelembu, Jelapang, Pengkalan, Manjoi dan Meru.

“Pelaksanaan kontrak ini merupakan kerja-kerja tambahan yang dilaksanakan menggunakan peruntukan khas MBI bagi mempercepatkan penyelenggaraan pokok teduhan di lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti.

“MBI menyedari terdapat kelewatan dalam penyelesaian sebahagian aduan secara dalaman berikutan jumlah aduan yang diterima adalah tinggi dan melebihi kapasiti semasa jabatan.

MBI selenggara 2,503 pokok teduhan dengan kos RM1.4 juta
IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) melalui Jabatan Taman dan Landskap sedang melaksanakan Kerja Selenggaraan Pokok Teduhan Fasa 1 di lapan zon utama sekitar bandar raya ini. Foto MBI

“Pelaksanaan kerja kontrak tersebut bertindak sebagai pelengkap kepada kerja penyelenggaraan sedia ada yang dijalankan secara dalaman oleh Jabatan Taman dan Landskap MBI di seluruh bandar raya,“ katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Zamakhshari menjelaskan sebanyak 2,171 kerja cantasan dilakukan bagi mengurangkan beban pada struktur pokok serta memperbaiki keseimbangan kanopi bagi meminimumkan risiko dahan patah ketika cuaca buruk atau angin kencang.

“Selain itu, sebanyak 332 kerja tebangan pokok turut dilaksanakan melibatkan pokok yang telah mati, reput, rosak atau dikenal pasti mempunyai risiko tinggi terhadap keselamatan orang awam dan harta benda berdasarkan pemeriksaan teknikal.

“Penentuan lokasi kerja adalah berasaskan aduan orang awam, pemantauan teknikal jabatan serta laporan daripada Ahli-Ahli Majlis MBI, di mana setiap lokasi diberi keutamaan mengikut tahap risiko yang dinilai di lapangan,“ jelasnya.

Beliau turut memohon kerjasama pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi papan tanda amaran dan arahan petugas sepanjang tempoh penyelenggaraan demi keselamatan semua pihak.

Tambahnya, pelaksanaan Fasa 2 akan diteruskan selepas ini melibatkan beberapa zon lain bagi memastikan lebih banyak kawasan menerima kerja penyelenggaraan secara sistematik. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Mercu tanda ikonik ‘IPOH’ diturunkan untuk kerja baik pulih

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI