Mercu tanda ikonik ‘IPOH’ diturunkan untuk kerja baik pulih

IPOH – Tulisan ikonik ‘IPOH’ yang terletak di kawasan Gunung Lang diturunkan sementara untuk kerja-kerja pemeriksaan, pembaikan dan baik pulih dilaksanakan.

Datuk Bandar Ipoh, Zamakhshari Hanipah berkata, langkah tersebut bertujuan memastikan struktur serta keadaan fizikal tulisan berkenaan sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat.

Menurutnya, pada masa sama ia bagi memastikan struktur itu terpelihara sebagai salah satu mercu tanda kebanggaan bandar raya Ipoh.

“Kerja-kerja pemasangan semula tulisan ‘IPOH’ dijangka dilaksanakan secara berperingkat mulai 4 hingga 6 Ogos depan, tertakluk kepada keadaan cuaca dan kelancaran kerja-kerja di tapak.

“Sehubungan itu, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memohon kerjasama dan kesabaran warga kota sepanjang tempoh kerja-kerja berkenaan dilaksanakan. Sebarang kesulitan yang timbul amat dikesali,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, MBI sentiasa komited dalam memastikan kemudahan awam dan mercu tanda bandar raya sentiasa diselenggara dengan baik demi keselamatan, keselesaan serta kesejahteraan warga kota. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Warga MBI diingat tinggalkan legasi berintegriti, profesional

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI