Kemalangan dua remaja maut: Polis sahkan pemandu kereta positif dadah

TELUK INTAN – Polis mengesahkan pemandu kereta yang terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga meragut dua nyawa remaja perempuan di Jalan Padang Tembak di sini, semalam positif dadah.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian berkata, hasil saringan awal air kencing dijalankan ke atas lelaki berusia 28 tahun itu didapati positif dadah jenis ‘benzodiazepine’.

“Pemandu kereta tersebut kini ditahan bagi membantu siasatan selepas disyaki memandu di bawah pengaruh dadah.

“Walau bagaimanapun siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan jalan raya itu,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, polis membu kertas siasatan di bawah Seksyen 44 (1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 44 (1a)(a) akta sama.

Beliau berkata, manakala siasatan berkaitan dadah turut dijalankan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kok Lian berkata, siasatan awal mendapati kemalangan jalan raya dipercayai berlaku akibat kereta yang dipandu lelaki terbabit hilang kawalan sebelum cuba memotong kenderaan lain di hadapannya.

Kata beliau, susulan itu kereta terbabit telah melanggar sebuah motosikal dan sebuah kereta lain di hadapan serta seorang kanak-kanak lelaki yang berada di tepi jalan.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, dua remaja perempuan masing-masing berusia 17 dan 16 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu kereta berkenaan serta seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang terlibat dalam kemalangan sama telah dihantar ke Hospital Teluk Intan bagi mendapatkan rawatan susulan,” katanya.  – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Dua remaja maut, kanak-kanak cedera dirempuh kereta hilang kawalan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI