‘Biar orang yang ambil nyawa anak saya kena hukuman setimpal’ – Bapa

TELUK INTAN – Bapa kepada salah seorang dua remaja perempuan yang maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Padang Tembak, di sini meminta keadilan sewajarnya terhadap kematian anaknya.

Salim Husain, 43, berkata, dia mahu pemandu kereta yang menyebabkan kematian anaknya, Nur Dania Arissa, 17 dan rakan, Nur Atikah Mohd Said, 16, dikenakan hukuman yang setimpal.

“Ketika kemalangan saya sendiri pergi ke lokasi kejadian dan tengok sendiri orang yang melanggar tu, dan saya dapat menghidu seolah-olah bau orang yang sedang mabuk.

“Biarlah orang yang melanggar dan ambil nyawa anak saya itu dikenakan hukuman setimpal, dua nyawa tu (dia langgar),” katanya dengan nada sebak ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan, pada Isnin.

Bapa mangsa kemalangan Teluk Intan tuntut keadilan Keyphrase synonyms Bapa mangsa nahas Teluk Intan Keadilan buat mangsa kemalangan Teluk Intan Bapa remaja maut tuntut keadilan Keluarga mangsa kemalangan maut Nahas dua remaja perempuan maut Related keyphrase (5) Dua remaja maut Teluk Intan Pemandu positif dadah Teluk Intan Kemalangan Jalan Padang Tembak Bapa mangsa tuntut hukuman setimpal Nahas maut Hilir Perak Dania Arissa Atikah
Bapa kepada Nur Dania Arissa, Salim Husain ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan. Foto Amirrul Rabbani Rashid.

Menurut Salim, sebelum kejadian, Nur Dania Arissa memaklumkan kepada ibunya bahawa dia ingin ke rumah rakan karibnya, Nur Atikah tidak jauh dari kediamannya dengan menaiki motosikal sekitar jam 6 petang.

Dia yang bekerja sebagai pengurus kilang itu berkata, kira-kira setengah jam kemudian isterinya memaklumkan bahawa anak sulung daripada dua beradik itu meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya.

“Rakan kepada isteri saya memaklumkan kepada kami bahawa anak kami terbabit kemalangan di lokasi sekitar 100 meter dari kediaman saya.

“Kemudian, saya terus bergegas keluar rumah untuk ke lokasi kejadian dan tengok memang itu motosikal yang dibawa anak saya. Kemudian saya terus cari anak saya,” katanya sambil menahan sebak.

Bapa mangsa kemalangan Teluk Intan tuntut keadilan Keyphrase synonyms Bapa mangsa nahas Teluk Intan Keadilan buat mangsa Dania Arissa Atikah kemalangan Teluk Intan Bapa remaja maut tuntut keadilan Keluarga mangsa kemalangan maut Nahas dua remaja perempuan maut Related keyphrase (5) Dua remaja maut Teluk Intan Pemandu positif dadah Teluk Intan Kemalangan Jalan Padang Tembak Bapa mangsa tuntut hukuman setimpal Nahas maut Hilir Perak
Suasana pilu menyelubungi dua ahli keluarga remaja maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Padang Tembak semalam ketika tinjauan di Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan, pada Isnin. Foto Amirrul Rabbani Rashid

Salim berkata, meskipun aktif dalam pelbagai aktiviti lasak dan sukan, Nur Dania Arissa merupakan seorang anak yang ceria serta rapat dengan keluarga, terutama ibunya.

“Dia memang seorang yang periang dan aktif bersukan seperti bola sepak serta bola baling. Cuma akhir-akhir ini dia semakin manja dengan ibunya.

“Dua hari berturut-turut, Sabtu dan Ahad, dia naik motosikal bersama ibunya bagi melihat latihan bola sepak adiknya di Tapah. Kami tak sangka itu menjadi kenangan terakhir bersama,” katanya.

Dania Arissa Atikah
Mohd Said Zaini, 55, menujukkan gambar arwah anaknya, Nur Atikah ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan. Foto Amirrul Rabbani Rashid

Sementara itu, bapa Nur Atikah, Mohd Said Zaini, 55, berkata, dia masih sukar untuk menerima hakikat kehilangan anak bongsunya daripada sembilan beradik itu yang disifatkan sebagai seorang yang ceria dan penyeri keluarga di rumah.

“Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya menerima perkhabaran ini. Sejak semalam saya masih belum tidur, apatah lagi makan. Sehingga saat ini, setitik air saya tak lalu untuk minum memikirkan hal menimpa arwah anak saya ini,” katanya.

Menurut tukang rumah itu, sebelum kemalangan, arwah keluar dari rumah selepas meminta izin untuk mengambil pakaian bersama rakannya, Nur Dania Arissa, sebelum berita kemalangan diterima tidak lama kemudian.

“Baru sekejap dia keluar, tiba-tiba kawan datang beritahu dia kemalangan. Mula-mula saya tak percaya, namun apabila anak sulung balik ke rumah dan beritahu adiknya sudah meninggal dunia, saya terus ke lokasi dan nampak jasad anak saya terbaring di tengah jalan,” katanya.

Bapa mangsa kemalangan Teluk Intan tuntut keadilan Keyphrase synonyms Bapa mangsa nahas Teluk Intan Keadilan buat mangsa kemalangan Teluk Intan Bapa remaja maut tuntut keadilan Keluarga mangsa kemalangan maut Nahas dua remaja perempuan maut Related keyphrase (5) Dua remaja maut Teluk Intan Pemandu positif dadah Teluk Intan Kemalangan Jalan Padang Tembak Bapa mangsa tuntut hukuman setimpal Nahas maut Hilir Perak
Suasana pilu menyelubungi dua ahli keluarga remaja maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Padang Tembak semalam ketika tinjauan di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan, pada Isnin. Foto Amirrul Rabbani Rashid

Mohd Said berkata, arwah juga seorang yang ceria, suka bergurau dengan adik-beradik di samping turut aktif dalam aktiviti sukan terutama bola sepak serta bola jaring.

“Kenangan terakhir saya dengan arwah apabila dia minta saya bawa ke Temasya Budaya Perak di Dataran Udang Galah bersama Nur Atikah, pada hujung minggu.

“Dan untuk hal anak saya ini, saya serahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa. Biarlah undang-undang menentukan dan tindakan yang adil diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab,” katanya lagi.

Difahamkan Jenazah Nur Dania Arissa dan Nur Atikah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid At-Taqwa, Kampung Padang Tembak, di sini, selepas solat Zuhur.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.35 petang Ahad, dua remaja perempuan maut selepas sebuah kereta dipercayai hilang kawalan ketika cuba memotong kenderaan di hadapannya, sebelum melanggar sebuah motosikal, sebuah lagi kereta serta seorang kanak-kanak lelaki yang berada di tepi jalan.

Dua mangsa yang menaiki motosikal kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu, dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian kemudian mengesahkan pemandu kereta berusia 28 tahun didapati positif dadah jenis ‘benzodiazepine’ dan ditahan reman selama empat hari sehingga 30 Julai bagi membantu siasatan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kemalangan dua remaja maut: Polis sahkan pemandu kereta positif dadah

Dua remaja maut, kanak-kanak cedera dirempuh kereta hilang kawalan

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI