Lelaki maut terjatuh dalam tangki air ketika menjalankan kerja kimpalan

PARIT – Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam sebuah tangki air ketika menjalankan kerja kimpalan pada tangga di dalam tangki air sebuah sekolah berasrama penuh di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa, Muhammad Nazrin Yaakob, 34, disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada jam 3.46 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit digerakkan ke lokasi untuk menjalankan operasi menyelamat.

“Setibanya di lokasi kejadian, anggota bomba bertindak memasuki tangki berkenaan bagi mengeluarkan mangsa. Mangsa berjaya dibawa naik ke permukaan tangki menggunakan tali penyelamat.

“Bagaimanapun, pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pasukan penyelamat kemudian menggunakan sistem penurunan dan pengusung untuk menurunkan mayat mangsa dari atas tangki air tersebut.

“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.50 petang,” katanya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Budak lima tahun maut terjatuh dari tingkat 24 kondominium

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI