Suspek pecah rumah meninggal dunia akibat saluran jantung tersumbat

IPOH, 29 Julai (Bernama) — Seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun meninggal dunia selepas terlibat dalam kejadian pecah rumah di Jalan Building Society, Taman Star di sini, semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai berlaku kira-kira 5 pagi apabila dua suspek memasuki rumah tersebut melalui tingkap yang diumpil, sebelum berlaku pergelutan dengan penjaga rumah.

“Seorang suspek dipercayai berjaya melarikan diri, manakala seorang lagi ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Hasil bedah siasat mendapati sebab kematian ialah masalah saluran jantung tersumbat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR) dan siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan masih diteruskan, termasuk usaha mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas.

Justeru, beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadianitu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh menerusi talian 05-2451500 atau mana-mana balai polis berhampiran. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI