MGPerak: Toyota Alphard Antara 206 Kenderaan Dipandu Warga Asing Disita JPJ

77

Dua kenderaan utiliti sukan (MPV) mewah antara 206 kenderaan yang disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak menerusi Operasi Pemandu Warga Asing (PeWA) yang dijalankan di seluruh negeri.

Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, jumlah sitaan yang direkodkan sehingga 28 Julai itu membabitkan 170 motosikal, 27 kereta termasuk sebuah Toyota Alphard dan Vellfire serta sembilan kenderaan barangan.

Katanya, dalam tempoh sama pihaknya berjaya mengesan pelbagai kesalahan yang dilakukan pemandu warga asing dari Pakistan, Rohingya / Myanmar, Indonesia, Bangladesh, India, Nepal, Thailand, dan lain-lain negara. -MGPerak

#mgperak #malaysiagazette #OperasiPemanduWargaAsing

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini