TANJUNG MALIM – Malaysia terus mengalu-alukan kemasukan pelaburan asing termasuk dalam industri kenderaan elektrik (EV), namun pelaburan tersebut perlu berkembang seiring dengan ekosistem tempatan bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati oleh negara, industri dan rakyat.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pelabur asing tidak seharusnya hanya menjadikan negara ini sebagai pasaran untuk menjual produk, sebaliknya perlu mewujudkan kerjasama strategik dengan syarikat tempatan serta pemain industri komponen.
Katanya, kerajaan mengharapkan agar setiap pelaburan asing dapat membawa nilai tambah kepada rakyat dan ekonomi negara sebagai timbal balik kepada pelbagai insentif yang disediakan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





