IPOH – Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat merasmikan Masjid An-Nur Gua Permai, Kem Syed Putra, di sini pada Jumaat.
Turut berangkat ke majlis Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.
Keberangkatan tiba baginda sekitar jam 12.45 tengah hari di sambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mohamad Suria Mohamad Saad. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak





