Pendirian UMNO Bahagian berhubung agihan kerusi perlu dihormati – Akmal

PASIR SALAK – Pendirian UMNO di peringkat Bahagian berhubung pengagihan kerusi bagi menghadapi pilihan raya akan datang perlu dihormati seperti yang terjemahkan melalui kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, UMNO mempunyai tiga peringkat dalam membuat keputusan iaitu Bahagian, Negeri dan Pusat, justeru segala pandangan serta cadangan akan dinilai secara menyeluruh sebelum ketetapan akhir dibuat.

Menurutnya, keputusan yang dicapai di peringkat Bahagian hanya mencerminkan pendirian di kawasan masing-masing dan tidak boleh dianggap sebagai keputusan rasmi parti.

“Kita kena bezakan pendirian bahagian, keputusan bahagian, keputusan negeri dan keputusan pusat. Kita ada tiga peringkat untuk membuat keputusan.

“Contohnya, di Negeri Sembilan, pada asalnya UMNO negeri memang mahu bertanding di kesemua 36 kerusi. Namun selepas kita menimbang baik dan buruknya, kita membuat keputusan untuk bertanding di 25 kerusi.

“Sebab kita ada tiga peringkat yang membuat keputusan, jadi semua keputusan itu akan diperhalusi dan apa yang terbaik akan kita putuskan bersama.

“Alhamdulillah, hari ini kita berjaya membentuk Kerajaan Negeri Sembilan dengan majoriti dua pertiga,” katanya.

Muhamad Akmal berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kerjasama BN-PN, khususnya di Perak yang menyaksikan PN memiliki lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri berbanding BN, iaitu 26 kerusi berbanding sembilan.

Beliau ditemui pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Salak Tahun 2026 di Dewan Besar Bandar Baru Felcra Seberang Perak, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Khairul Azwan Harun dan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 yang menyaksikan BN memenangi 18 kerusi, Pakatan Harapan (PH) memperoleh 11 kerusi, manakala PN memenangi tujuh kerusi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

BN-PN peroleh majoriti dua pertiga bentuk kerajaan baharu N9 – Ahmad Zahid

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI