IPOH – Dua pemilik syarikat kontraktor pembersihan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh, pada Rabu atas 25 pertuduhan mengemukakan dokumen palsu bagi tuntutan insentif di bawah Program Daya Kerjaya 2.0 Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), dua tahun lalu.
Tertuduh, Neoh Wooi Lee, 50, Shareen Noordin David Noordin, 53 bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak





