Bapa rayu bantu kesan anak hilang, disyaki jadi mangsa sindiket penipuan

IPOH – Seorang bapa merayu bantuan orang ramai dan pihak berkuasa untuk mengesan anak perempuannya yang gagal dihubungi serta dilaporkan hilang sejak Oktober tahun lalu selepas dipercayai berkemungkinan menjadi mangsa sindiket penipuan.

Lew Choon Yong, 62, berkata, kehilangan, Lew Tien Ying, 29, menimbulkan kebimbangan keluarga apabila anak sulung daripada tiga beradik itu didakwa berada dalam keadaan tidak selamat.

Dia yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di Chemor berkata, kali terakhir dia bersama mangsa adalah ketika menghantarnya ke Terminal Meru Raya selepas anak gadisnya itu dikatakan mahu bekerja di Singapura.

Lew Choon Yong, 62, merayu bantuan orang ramai dan pihak berkuasa untuk mengesan anak perempuannya Lew Tien Ying, 29, yang gagal dihubungi serta dilaporkan hilang sejak 16 Oktober tahun lalu pada sidang media di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Menglembu, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 05 OGOS 2026

“Kali terakhir saya saya berhubung dengan anak saya menerusi panggilan telefon adalah pada Februari lalu, saya bertanya bila dia akan pulang tetapi dia tidak memberitahunya.

“Cara percakapannya juga kelihatan keliru tetapi suaranya tidak seperti biasa dan seolah-olah dalam ketakutan. Dia hanya menjawab sepatah dua perkataan, sehingga saya mengesyaki dia mungkin diugut atau dikurung di suatu tempat yang saya sendiri tidak tahu lokasinya.

“Saya cuma berharap dia dapat pulang dengan selamat kerana sehingga hari ini kami masih tidak mengetahui di mana dia berada,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Menglembu, di sini, pada Rabu.

Anak hilang disyaki mangsa sindiket penipuan Keyphrase Synonyms Wanita hilang disyaki mangsa penipuan Anak perempuan hilang Mangsa sindiket penipuan Wanita hilang di Singapura Bapa rayu kesan anak hilang Related Keyphrase Bapa rayu bantu kesan anak hilang Wanita hilang sejak Oktober tahun lalu Anak hilang disyaki mangsa sindiket penipuan Polis siasat kes wanita hilang ADUN Menglembu bantu keluarga wanita hilang
Lew Choon Yong, 62, merayu bantuan orang ramai dan pihak berkuasa untuk mengesan anak perempuannya Lew Tien Ying, 29, yang gagal dihubungi serta dilaporkan hilang sejak 16 Oktober tahun lalu pada sidang media di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Menglembu, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 05 OGOS 2026

Choon Yong berkata, ini bukan kali pertama anaknya itu ke Singapura kerana sebelum ini mangsa pernah bekerja di sebuah syarikat swasta di Lapangan Terbang Changi selepas menamatkan pengajian sebelum kembali ke negara ini.

Dia mendakwa, juga pernah menasihati anaknya supaya tidak berkenalan rapat dengan seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kegiatan penipuan kerana percaya individu itu mempunyai pengaruh terhadap mangsa.

“Saya pernah bercakap dengan lelaki itu melalui telefon dan bertanya mengapa dia menipu anak saya. Dia hanya menjawab, ‘Saya tipu anak awak, saya mahu tipu awak juga’.

“Sebab itu saya percaya lelaki tersebut bukan individu biasa dan saya bimbang anak saya menjadi mangsa yang dipengaruhinya,” ujarnya.

Bimbang dengan keselamatan anaknya, Choon Yong kemudian tampil membuat laporan polis pada Mac lalu, namun sehingga kini tiada perkembangan baharu diterima.

Anak hilang disyaki mangsa sindiket penipuan Keyphrase Synonyms Wanita hilang disyaki mangsa penipuan Anak perempuan hilang Mangsa sindiket penipuan Wanita hilang di Singapura Bapa rayu kesan anak hilang Related Keyphrase Bapa rayu bantu kesan anak hilang Wanita hilang sejak Oktober tahun lalu Anak hilang disyaki mangsa sindiket penipuan Polis siasat kes wanita hilang ADUN Menglembu bantu keluarga wanita hilang
Lew Choon Yong, 62, merayu bantuan orang ramai dan pihak berkuasa untuk mengesan anak perempuannya Lew Tien Ying, 29, yang gagal dihubungi serta dilaporkan hilang sejak 16 Oktober tahun lalu pada sidang media di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Menglembu, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 05 OGOS 2026

Dia berkata, satu lagi petunjuk yang menimbulkan kebimbangan ialah apabila dia mula menerima beberapa surat tuntutan daripada pihak bank berhubung tunggakan kad kredit yang digunakan anaknya pada Februari lalu.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Menglembu, Chaw Kam Foon berkata, pihaknya telah membantu keluarga mangsa dengan membuat semakan di Pejabat Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengenal pasti keberadaan wanita tersebut.

Jelas beliau, setakat ini pihak polis masih belum mempunyai sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan kes berkenaan.

“Kita harap hebahan melalui media dan media sosial dapat membantu mengesan mangsa dengan segera,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai agar menyalurkan sebarang maklumat kepada Pusat Khidmat DUN Menglembu di talian 05-2810608 atau balai polis berhampiran. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Polis kesan remaja perempuan 15 tahun hilang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI