Pendaki wanita cedera ketika melakukan aktiviti mendaki di Bukit Kledang

IPOH – Seorang wanita mengalami kecederaan pada bahagian pinggang ketika melakukan aktiviti mendaki di Bukit Kledang, Menglembu di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam sekitar jam 9.57 pagi mengenai kejadian yang melibatkan mangsa yang mendaki bersama seorang rakannya.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh digerakkan ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota bomba terpaksa berjalan kaki melalui laluan luar jalan (off-road) sejauh kira-kira satu kilometer bagi menuju ke lokasi mangsa.

“Mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian pinggang diberikan rawatan awal oleh anggota Pasukan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS), termasuk pemasangan kolar servikal (cervical collar) bagi menstabilkan keadaan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa turun ke kaki bukit menggunakan pengusung sebelum diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya jam 2.27 petang. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki cedera terjatuh 30 meter ketika mandi di Buntong Falls

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI